Thursday, August 13, 2009

Salam Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah...baik,dari blog friendster telah saya tukarkan kepada blogspot.Diharapkan kepada pembaca sekalian dapatlah mengambil input yang berguna.Segala kelemahan pada blog saya ini,saya dahulukan dengan kalimat 'maaf',andai pada blog penulisan saya ini akan membuatkan anda berasa hati,sakit hati,terlebih hati,tersadung hati...segalanya la..saya memohon maaf.Dan seandainya penulisan saya ini,membuatkan hati anda terhibur,ketahuilah...sesungguhnya,diri saya yang kerdil ini amatlah gembira.Gembira kerana menggembirakan manusia lain.Sebab,hati manusia ini,kalau tidak digembirakan,maka pilulah ia.

Baiklah,bila ditanya oleh sahabat saya...apakah taujih atau hala tuju penulisan saya?saya jawab...simple..apa yang terlintas difikiran saya,saya akan menulis.simple!senang!

*Rasanya,belum terlambat untuk saya ucapkan ribuan terima kasih buat kekanda saya(kak an)atas banyak nasihat beliau untuk saya selaku adiknya.Thnxz kak!
baiklah,nikmatilah selepas ini blog dari saya.
~slamah~